Saturday, April 3, 2010

Pendahuluan



"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan mensyafaatkan orang yg membacanya pada hari kiamat" (maksud hadith riwayat Muslim)


Beberapa potong hadis di muka depan dan di atas mengingatkan dan menggalakkan kepada kita tentang besarnya tuntutan untuk mendalami Al-Qur'an. Usia, masa dan dimana jua kita berada tidak menjadi halangan untuk menambah ilmu. Apa yang penting ialah kesedaran, semangat dan kesungguhan untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu yang berkaitan
dengan Al-Qur'an.

Sehubungan dengan itu AKADEMI KEMAHIRAN AL-QUR'AN memberi peluang dengan menawarkan beberapa kursus untuk semua peringkat umur sama ada secara berkumpulan, keluarga atau individu.

Istimewanya di AKADEMI KEMAHIRAN AL-QUR'AN, kami mengajarkan Al-Qur'an secara bersanad (bacaan tepat seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW).