Objektif
1. Menggalakkan semua golongan mempelajari Al-Qur'an dengan kaedah yang tepat.
2. Memahirkan setiap bacaan dengan hukum-hukum tajwid dan tanda-tanda bacaan.
3. Menjadikan setiap bacaan Al-Qur'an itu menepati dengan bacaan yang di ajar oleh Rasullullah.
4. Mengetahui susur galur setiap guru hingga ke Rasullullah.
Perlu dijelaskan bahawa bukanlah tujuan AKADEMI KEMAHIRAN AL-QUR'AN menawarkan kursus ini untuk mendapat ganjaran semata-mata, walaupun ia tidak dilarang, tetapi kami ingin memberi peluang kepada semua peringkat usia untuk mengetahui, membetulkan serta memahirkan bacaan Al-Qur'an seperti mana yang diajar oleh Rasullullah SAW melalui guru-guru bersanad dari Syria dan Mesir.
Setiap sumber kewangan yang diberikan untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan Al-Qur'an merupakan pelaburan yang bersifat ukhrawi (akhirat), tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan hata benda.
Kita mendapat hasil dari pelaburan itu selepas kita semua bertemu Allah Azza Wa jalla.
Subscribe to:
Posts (Atom)